Wednesday, July 13, 2011

Happy birthday Zara!

salam

macam ibu ibu lain, biila baby dah capai usia setahun, satu perasaan yang x dapat digambarkanlah dengan kata-kata..sebak pun ada..baru je rasa lahirkan dia.. tangisannya.. sekarang dah berjalan.. anak umi, permata hati umi..segala-galanya bagi umi...

selamat hari lahir sayang..moga jadi anak yg solehah... hamba Allah yang taat, cerdik pandai, berakhlak mulia..jangan lupakan umi dan abi ye bila besar nanti.. sayang zara..

i love u...

Wednesday, June 15, 2011

Kelantan kalah

salam

walaupun dah basi, aku tetap masih kecewa dengan kekalahan kelantan dengan terengganu.

sekian.

Zara 11 months old

salam

Di saat aku menulis ni, zara dah tido.awal dia tido hari ni. maybe sebab BS kata dia tido setengah jam je today.walhal, aku hantar awal sebab ada kokurikulum. ntahlah, aku malas nak bayangkan betapa mengantuk dan dahaganya zara di sana. yang aku minta, hanya Allah, tolonglah jaga anakku dari segala bahaya. aku berserah segalaNya pada Allah.

Tutup cerita itu. semalam, syukur aku pada Allah, sebab zara dah genap 11 bulan. dan 11 bulan juga aku susukan dia secara  exclusive. syukur sebab Allah bagi aku peluang. zara eczema. memang susu aku buat dia bertahan hebat dari eczema tu. kalau tak, lagi teruk doctor kata. erm.

syukur lagi pada Allah, sebab banyaknya benda baru yang zara capai seusia ini. aku girang sebab semua ini dapat ku lihat dengan mata sendiri. puas hati.

5 bulan: meniarap
6 bulan: berguling dan menyusur
9 bulan: merangkak dan tumbuh 2 batang gigi bawah
10 bulan: berdiri sendiri dan tumbuh 2 batang gigi atas, pegang buku and baca dalam bahasa dia, bercakap dengan kita dalam bahasa dia..indahnyaa!!!
11 bulan: boleh duduk dan bangun sendiri, dan made her first step!!!! yeeeha!

apa lagi? kita tunggu ye..
setiap saat rindukan dia. kalaulah boleh bersamamu selalu, sayang..

Thursday, June 9, 2011

2 minggu bercuti, kini zara kene train duk umah pengasuh lagi

salam

dah masuk minggu kedua bercuti, dan 2 minggu jugaklah zara bermanja ria bersama saya. heh, taulah suka sayang, tapi umi risaulah. takut2 zara lupa kat ibu. mcm mana ye? so tadi saya anta dia jugak walaupun hati ini rindu. apakan daya. saya dah agak. mesti nanges n buat muka sebek punya. saya pun lepak ah sekejap sambil beborak dengan kak long aka ibu zara. lama punye lama, nampak dia ok, barulah saya blah.balik rumah? oh tidak. tak boleh rasanya masuk rumah bila zara tak ada.

saya pun zass, ke jusco. aha, memang ada perkara yang kene selesaikan. ke bank. yes. hampir kul 130, barulah urusan selesai. tetiba, encik hubby setuju mau lunch date bersama. berdua? yes. setelah sekian lama. haha. janggal sebenarnya tanpa zara di sisi, sehingga hubby berseloka, eh, mana adik? hihi.. saya mencubit suami lalu berkata, janganlah, rindulah kat tadik ( panggilan manja di rumah ).

usai makan, saya mau ke popular, usya buku dan menjamu mata. hubby kata, jom lah alang2 dia teman sekejap pastu terus boleh balik sekali ( 2 kereta ). say apun ok lah. jamu mata barang sekejap, terus berkenan buku untuk zara. bayar dan keluar. eh, baru teringat, baik telefon dulu kak long. oh, rupanya, zara baru nak tido. ok hubby, pergilah kerja. isterimu mau berlibur lagi.haha. saya masuk semula popular dan menjamu lagi.hasilnya, banyak jugak habis :P

rindu x dapat bertahan lagi. solat dan terus zass ke rumah kak long. ya, zara masih tido. tp bila suara saya bergema, terus buka mata dan menangis. seperti marah tinggalkan dia. ala sayang, minggu depan dah kerja tau.

oklah jom balik.tapi esok adik datang lagi ye kak long.

Tuesday, June 7, 2011

Umi Zara Demam

salam

masuk hari ni hari ketiga demam.habis sakit seluruh sendi dan tekak. mmg xx bermaya bangun.lepas panadol memberi kesan baru blh buat keje. tu pun x lama. smalam dah gi klinik, doc siap bagi panadol suh mkn 4 jam sekali.panas. tp xpun.saya makan 6 jam je. kalo x makan mmg x bangunlah.habis si kecik sape nak jaga? hoho

cepatlah sembuh demamku.. kertas belum habis tanda..
ya Allah, ampunilah dosaku.aku redha atas ketentuanMu..sembuhkanlah aku..

Zara masuk hospital

salam

tarikh keramat 25 may 2011 akan sentiasa terpahat dalam hidup saya. anak kesayangan Zara terpaksa ditahan di hospital sebab muntah yang berlarutan. sebenarnya dia dah muntah tgh malam ahad 22 May tu.. tp lepas tu ok..isnin pun xde pape..cuma selasa 24 may yg pelik sikit.masa nak pergi sekolah dalam 1130 mcm tu, mcm biasalah saya masukkan zara dalam keta. then tetiba je dia meragam n nangis x henti. pelik. sebab dia x pernah mcm tu. saya sampai terpaksa berhenti tepi jalan sbb x boleh drive. tepon husband, x jawab. then tepon kawan saya, eila. dia kata, x pe dia datang amik. then saya pun pusing balik rumah dengan meriba zara.. memang bahaya tapi masa tu zara dah nampak lemah. dia x aktif pun.

eila datang amik kat rumah, kami hantar zara ke rumah pengasuh n terus ke sekolah. saya sms pengasuh byk kali jugak hari tu, tp dia kata zara ok cuma nampak x aktif. petang tu, husband jemput dr sekolah. kami amik keputusan nak bawa zara klinik. balik je dr klinik, singgah  beli dinner. zara mmg diam je x main langsung.masa duk tunggu husband beli tu, zara muntah dengan banyaknye dalam kereta. saya dah cuak.
xpelah. hold dulu.

tp malangnye zara berterusan muntah dalam 3 jam sekali smpai pagi esok. husband dah amik cuti. saya pun terpaksa cuti. bawa terus emergency DEMC, Shah Alam. mmg terpaksa tahan sebab takut dia x cukup air. kesian sangat tgk zara kene bungkus sbb nak pasang jarum masuk air. menitis air mata saya. tp demi kesihatan dia, saya terpaksa gagahkan diri n hati.

hari ketiga di sana, zara dah kurang pun muntah. tu pun lepas doc stop  ubat tahan muntah. pelik kan, tp saya rasa zara pening kot dgn ubat tu,sbb tu die still muntah, padahal dia dah aktif. hari ke 4 demam pulak. so doc x bg balik. smpai hari ke 5 baru ok sikit.so blh balik. cuma teruskan antibiotik kt umah. alhamdulillah.

tu aje buat masa ni. mmg x byk masa nak berblog skrg. saya rasa 24 jam mmg x cukup utk saya.

Sunday, April 17, 2011

Breast Milk

salam.

dah ada idea baik saya tulis. pasal susu badan. yes, breast milk. Zara dah 9 bulan. alhamdulillah saya masih susukan dia secara ekslusif. dan dia pun ok makan bubur tp ada jugak laa hari yang dia x mau. hehe. tak ada sangat masalah yang besar, cuam sedikit luaham hati.

sebagai guru, saya memang tak ada masa nak pump kat sekolah. katalah apa saja, bukan saya tak pandai mencuri masa. tapi betul, asal ada masa free, buku bertimbun nak ditanda. kalau tak ada buku pun, rancangan pengajaran harian yang nak kene siapkan. kalo tak pun, pasti ada aktiviti budak2 yang memerlukan kita untuk melatih diorang. pendek kata, memang tak ada masa free. jadi sejak minggu pertama bermula sekolah, selepas bawa pump dan bawa balik hasil kosong (tak sempat pump), saya bulatkan hti dah x mau bawa pump. saya redha, dan pasrah. berdoa kat Allah agar susu saya cukup untuk Zara. saya balik sekolah, bagi zara minum puas2, baru saya pump yang selebihnya. alhamdulillah, smpai sekarang, saya dapat 5 - 8 oz sehari sahaja. tapi, menakjubkan, cukup untuk baby saya. mungkin Zara memang x minum banyak. saya dulu bagi 3ox X 3 botol..tak habis. sekarang saya kurangkan 2.5oz X 2 atau 3 botol. habislah  jugak. syukur. lagipun, dia dah makan bubur. jadi tak ada lah saya nak bimbang sangat.

TAPI, ada jugak hari yang tak habiskan, susu terpaksalah buang kan. sedih kan? sedih sangat2.. sebab nak dapat tu bukan senang. tp tak apalah. dah bukan rezeki Zara. kan?

Zara da bangunlah..huhuuu..daaaa

Hari minggu

salam..

dah lama sangat saya tak tulis blog ni.. hajat di hati, memanglah nak update hari-hari. tapi selalu tertangguh. bila tak di depan laptop, ideanya mencurah-curah. tapi bila duk depan laptop je, idea mengering teruss. kenapa ya? hehehe.. kadang2, tertidur awal sebab terlalu penat. Zara dah makin cerdik. dah 9 bulan. pejam celik pejam celik kan?

hari ni dah Ahad. esok dah sekolah. rasanya, baru smalam hari jumaat. tak apalah. dah memang tugas. wajib dilaksanakan.dengan ikhlas.supaya gaji nanti pun berkat. amin. cakap pasal kerja, sekarang kerja memang banyak. selain soalan peperiksaan penggal yang belum siap, ada lagi mende alah yg guru KSSR kene buat. saya kurang pasti apa dia mende tu. kene study dulu. malam nanti, confirm stay up nak wat keje. skrg layan tenet dulu  :p , pastu masak.

hehehe lupa, smalam gi kenduru anak sepupu husband. erm, beslah jugak makanan dia. tapi yang paling best dapat kumpul ramai2. pastu gi umah kakak husband pulak.lepak kat sana.husband layan bola smpai dah lewat, jadi kami tido kat sama aje. mujurlah baju Zara banyak saya bawa. baju saya? meminjam lah jawabnya. hehehehe..

lepas round2 sunway pyramid tadi, kul 1 pm dah smpai rumah.penat lah pulak rasa. tp banyak menda kene bereskan. sukanya rasa bila dah dapat berehat kat rumah lama2 mcm ni..:)

tu jelah buat hari ni. insyaAllah akan terus menulis dengan sekerap mungkin lepas ni. tata!

Friday, February 25, 2011

Aduan Parents terhadap Saya..hohoho

salam

boleh tarik nafas lega sikit..fuhh...sebab soalan exam dah siap 70%..so saya bole la update blog yang dah bersawang ni..maaf sesangat ye blog..sian kamu..:(

sebenarnya, kalo ikut hati, hari2 mau update..tp nak buat cemana, xde masa.. saya sangat2 bz..btul!! ahad ni skolah..hari kecemerlangan dan mesyuarat PIBG.. ermm.. tmbahan pulak, sebelum ni saya sangatlah rasa tertekan dengan masalah baby saya.. baby sitter ... tp alhamdulillah Allah telah permudahkan semuanya..saya harap ini akan berkekalan..amin..

pasal tajuk post harini..ehem. yee.. saya telah menerima surat dari seorang ibu kepada 2 org anak murid saya ( saya ajar 2-2 anak dia).. surat itu dengan rasminya dialamatkan kepada GB, so satu ofis lah dah tahu hal ni.. sangat menyedihkan..kecewa dan menambahkan lagi tekanan pada saya yang sedia tertekan..tp hanya pada Allah lah tempat saya mengadu..siapa lagi kan.

surat tu mengatakan saya dah tuduh dia (ibu) buat kerja rumah anaknya..dan juga saya marah anak dia sorang lagi sebab x beli buku lagi. sebenarnya saya bukan menuduh, tapi anaknya sendiri yang mengaku..dan yang kedua, memang saya marah anaknya yang sorang lagi tapi dah 2 minggu tak beli lagi buku..takkan saya nak biarkan anak murid saya ketinggalan.

malaslah saya nak cerita tentang surat itu.memang sangat menyiat hati dan nurani isaya sebagai seorang pendidik. tiada niat di hati saya selain mahu anak murid saya berjaya dengan cemerlang...

berbaloi ke kami sebagai pendidik mendapat cemuhan sesuka rasa dari mereka?

kepada ibu bapa di luar sana, berilah sedikit kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak kalian.. percayalah, kami akan menjalankan amanah Allah ini dengan seikhlas hati..percayalah..

Sunday, February 6, 2011

I Got A New Sandal..weehuu

salam

weekend ni, mmg best.duduk di umah n kuar jap2 je beli brg. buat julung2 kalinya, masak banyak utk hubby.huhu.biasa satu lauk je, arini 3 lauk. dan takde sayur sbb mmg xde stok sayur.hihi.pastu tadi gi jusco, sebenarnya mau potong rambut di APT.malangnye, ramai sangat org, malas lah nak tunggu. hubby bagi green light untuk beli sandal baru.yerlah, tak ada sandal nak gi skolah..hehee (alasan). usha, punya usha..semua mahal..have no choice.kalo tak beli sekarang, mmg payah dah nak kuar next time. so just grab this one..

simple je, sbb mmg saya suka simple. :)

semangat sikit nak gi skolah, walaupun berdebar nak hantar zara esok ke rumah BS nya..moga2, Allah jaga Zara..

Saturday, February 5, 2011

Yeay Menang Lucky Draw!!

salam

alhamdulillah dikurniakan rezeki oleh Allah di awal bulan Februari ni.hehehe. tiba2 hubby bgtau cakap kak cery ada sms bgtau saya menang lucky draw..weeehuuuuuuuuu tak pernah2 dapat adiah dari tenet, ni first time.sukenye2..x kisah lah hadiah apa asal dapat barang free, mmg suka..

alkisahnya sebab tak larat sangat hari tu, saya amik keputusan nak makan supplement. saya pun survey2, dan berkenan dengan shaklee.apa lagi, terus kontek kak cery dan amik yang trial set. dah la dapat free gift, tote bag and fridge magnet, comel je. pastu dpt pulak menang lucky draw..thanks byk2 akak..

nak tau apa perkembangan selepas makan supplement? nanti saya update ye? :))

Monday, January 31, 2011

sakit kepala

salam..

erm. hari ni dah masuk hari ke 6 saya sakit kepala once bangun tido pagi..sakitnye bukan sakit yang tak boleh tahan..tapi dia sakit yang pelik..bahagian belakang kepala dan datang sakit ke arah dahi dan senak di mata..saya rasa saya tahu kenapa..

sinusitis..saya menghidapinya..sakit sinus ni nampak je reneh tp yang menghidapnye taulah sakit mcm mana bila dia dtg..saya ni kalau kene selsema, sgt susah nak sembuh sbbkan oleh sinus ni..dan baru2 ni kan saya demam batuk selsema..dan ekoran dari tu, walaupun dah hilang demam n batuk, sinus ni masih blum sembuh..sbb tu laa sakit kepala sangat tu..

hari tu, masa 1st time kena, saya da gi klinik, mmg diberi ubat antibiotik, tp sebab saya menyusu, saya makan PCM je.. dan makan bawang merah mentah masa makan nasi..mkn byk2..mmg cepat hilang..tp kali ni, malasssnye la hai nak makan bawang tu..tp terpaksalah sbb da xleh makan ubat kan..

so, nak cpt baik, makan bawang je penghidap sinusitis..

Tak ada masa

salam

ye, mmg sayalah org yang ketandusan masa..24jam tu mcm tak cukup..saya sangat letih dan selalu sakit..tak bermaya..takbersemangat..kenapakah? mungkinkah sebab kekurangan zat dalam badan?

bila dah ada baby, urusan lain semua saya tak sempat nak buat...setel hal baby, baru leh jenguk yang lain..tu pn kalau takde keje sekolah..kalo ade, maknanyer bertimbunlah kain2 tak lipat n tak iron..(biasa iron banyak2..terpaksa iron yg nak pakai je dulu)..sebenarnya rasa bersalah pada hubby..tp saya btul2 xde kudrat nak buat semua itu..letihnyee la haii .. pagi2 zara x tido..tu pun bile dia ralit, saya curi2 masak bubur dia, dan iron baju saya n suami utk esoknya..pastu mula lah kemas2 brg dia..then melayan dia lagi..zara ni, mmg tak boleh kalo x tgk saya depan mata, mesti nangis..( adalah org cakap tu laa masa kecik2 tak ajar sangat tinggal2kan..)..korang ape tau? saya je tau..dah tinggal, dah latih botol semua..tapi korang cakap macam saya tak pernah buat ap2..hello..jangan cakap kalo tak tau,,menuduh tu berdosa..

tensenlah bila org cakap macam kita ni tak pandai jaga anak..geram tau...zara ni kulit sensitif amat..xleh minum susu lembu..da beli susu soya to blum bg lagi..belum perlu..tgklah dulu bila nak start.. dah namanya kulit sensitif..ruam kat muka on off..kdg2 ok kdg2 tak..masa dia demam aritu banyak jugak naik ruam tu..pastu merah kat pelipat tangan pun ada..tapi sebelah tangan je..x banyak tp tak pernah hilang..dah sapu ezerra, gel gamat, bedak bagai, tp takmau hilang...nak buat mcm mana? bukan xletak ubat...saya x lap kering pas mandi..helllloo..saya rasa, saya ni da cukup cerewet..kalo x kering lagi saya lap tak tahulah..pas mandi saya akan pastikan semua saya lap..telinga, segala celah, segala pelipat..korang ada ke time zara mandi?suka hati je cakap..tensennnnnnnnnnnnnnnnn!!!!

dahla..malas nak tulis lagi..hanya ibu2 yang paham perasaan ini..nampak je saya ni angguk2 dan tak melawan..tp dalam hati ku carik secarik cariknya!!

**tu tak cite hal BF lg..lagi banyak tohmahan..apelah manusia ni..ibu mana taknak yg terbaik utk anaknya..

(dah out of title daaa)

Anakku tak suka tidur :(

salam

tengok title hari ni, sebenarnya tak jadi masalah bg saya sebab asalkan dia sihat dan ceria, takpelah kalo dia tak suka tidur pun. tapi masalah ini untuk BS zara..yerlah..kalo si kecik takmau tido, BS mestilah tak dapat buat kerja lain..taknak tidur, susu pun takmau..suka merengek..sedihnye dengar org komen pasal anak kan? tp nak buat macam mana..berdoa jelah supaya BS bersabar melayani kerenah zara..supaya dia nak jaga zara..takkan nak tukar pengasuh lagi..takmaulaa..penat..ni pun dah tak terkira penatnya..

zara ni, bangun awal..lewat mcm mana pun dia tidur, pasti bangun awal..paling awal jam 6, paling lewat jam 8.. tido lah kul berapa2pun..pastu biasanya kalo bgun jam 6, dia tido baliklaa jam 730 atau 8..tp kalau bangun kul 8, dia tido balik kul 10 camtu,,xpun 1030..tupun jenuh paksa dia masuk dlm buai..kenapa paksa dia tido? supaya dia tak meragam nanti kt umah BS bila saya hantar jam 12..masa dia tido?? plg lama sejam setengah..paling kejap 20 minit..bangun tu dah ceria segala...mcm puas tidur..anakku..anakku..tp seingat saya, masa baby lagi, zara mmg x lama tido..kerap tu mungkin kerap la tp x lama..xde laa sampai berjam2..macam anak2 org lain yg BS jaga..tats y BS selalu compare2..huhu

dan..kat umah BS, dia tido laa kejap2 cam gitu ikut mood die..:(( dulu, BS kata selalu kene buai, kalo tak dia terjaga..saya pun belila buai letrik..mahal tu..200..hubby laa belikan..tp sama jugak..tak lama jugak tidonye..
BS, harap BS sabar dengan zara...waa:(

adakah anak anda juga begitu??

ini dia budak x suka tido tp tetap menceriakan hidup  uminye

Zara @ 6 months old

salam..

sebagai kenangan untuk saya ingati nanti tua2..ni dia perkembangan zara masa dia dah 6 bln..
  • berguling sehati berdansa di mana saja berada
  • heret dada..untuk menuju ke sasarannya
  • tepuk tangan dengan jayanya bila dengar lagu, especially lagu dari katak kesayangannya
  • sukakan barang2 yg keras seperti remote tv dan handset 
  • sudah tido tidak berbantal dalam buai 
  • panggil umi dengan panggilan mama
  • susah da nak tido skrg..asyik nak main je
  • dalam kereta suka main2, xbleh duk diam..lagi suka duk depan dr duk belakang
  • minum susu umi dlm botol semakin kurang, dengan umi direct pun kurang kecuali lapar sungguh2
  • makan bubur nasi dengan berselera, yet tak suka puri buah

sekian, terima kasih

Friday, January 14, 2011

My breakfast

salam

korang breakfast makan ape ye? huhu.. for years, saya breakfast dengan cereal.. senang..dari duk matrik.. upm.. gi maktab..mesti saya bawa stok cereal ni.. kalau xde, mami papa akan tlg poskan..huhu..berkhasiat..ada dates, pecans, raisins n many more.. (macam iklan lah plak)... tapi kadang2 nak tukar selera, saya makan jugak koko krunch..(btul ke eja) hua hua.. nanti zara besarm blhlaa kongsi dengan dia..heheheeeee





cara makan dia..haha..sume pun tahu....
siap! takyah masak..haha..tp saya je suka..encik hubby tak layan cereal2 cenggini..huhu

Thursday, January 13, 2011

Tali Keledar

salam

tiba2 nak cakap pasal ni.

korang pakai tali keledar tak masa drive? huhu.. saya? sejak dapat lesen, sampaiiiiiiiiiiiiiilaaaaaa sekarang....saya TAK PERNAH TAK PAKAI tali keledar..kalo ada pun mesti bersebab lah..pegang zara ke apa ke kan.KENAPA?

takot polis? tidak!!

sebab saya sayangkan nyawa saya..memanglah ajal maut di tangan Allah..tapi tak salah kalau kita berusaha kan.

tepuk dada, tanya hati..:)

Letih

salam

lately saya sangat sangat letih.. tak tahu kenapa..adakah memang saya patut berasa letih atau sebab saya tak cukup tenaga atau apa?

yes, saya rasa saya tahu..sebab saya tak ambil breakfast..bangun lambat and tidur lambat...so kene berubah..tido awal dan bangun awal..ok i will..starting from..next week..weeehhuuuuuuuuuuuuu..

semalam gi tesco..dukung zara.. lama jugakla dalam 1 jam...pagi tadi macam sakit satu badan..ya Allah letih sangatt..gi skolah pun macam da x larat..plak tu nak memekik ngn budak2 lagi..ya Allah..

saya da beli vitamin shaklee + ESP from cery so nak tau hasilnya, tengok next week..sebenarnya saya beli bukan nak tambahkan susu (alhamdulillah susu masih mencukupi n kalo bertambah syukur sangat2 lagi) tapi saya beli sebab saya rasa sangat tak bertenaga lately..seriously saya tak mampu nak buat kerja lain dah bila balik kerja..tak tahu kenapa..mungkin sebab zara sekarang dah makin ligat..

ntah apa saya bebel ni..kalo karangan BM ni da dapat B kot..haha

Tuesday, January 11, 2011

Hidup baru

salam

hidup baru saya..

1000 pagi: mandikan zara dan diri sendiri, siapkan barang zara, SIP zara etc
1100 pagi: susukan zara dan buat keje2 tertangguh
1130 pagi: gerak dari umah ke rumah kak long aka BS zara
1200 tgh: bye bye zara, jaga diri baik2 sayang...
1215 tgh: sampai sekolah
0620 petang: vroooooooooooom start keta amik zara
0715 petang: smpai umah..tergolek dengan zara keletihan..........


zara dalam kereta



i love u sayang

Sunday, January 9, 2011

Zara demam lagi

salam

minggu lepas, masa pas anta zara umah BS 1st, zara demam..dalam 3,4 hari jugak baru ok..xmau makan ubat..masuk bontot je sekali..then bertahan dengan susu ibu, alhamdulillah sembuh..

tp, a week after that, zara demam balik..tekak merah doc cakap.thats y demam balik..xmakan antibiotik..and maybe susu ibu x cukup sebab masa keje, bukan dia nak minum sangat botol tu..minum isi perut je agaknya..sedihnya saya :(( demam panas ..38 ++ suhu die..tak tido saya jaga suhu dia takut naik..tapi Allah Maha Penyayang..Dia bagi saya kekuatan..

Friday, January 7, 2011

My Wish List

helo and salam

tetiba nak taip apa yang saya teringin sangat naakkkk buat masa ni...


  1. purse baru yang comel
  2. perfume lacoste or kenzo
  3. tudung ariani yg cun melekat di wajah..kehkeh
  4. pargi aquaria klcc
  5. makan ice cream baskin robbin buat kesekian kali.hari2 pun xpe.
  6. nak oven, nak buat kek banyak2 dan makan byk2
  7. nak beli rumah sendiri

mimpi je lah nani oooi

Tentang pengasuh

salam

pejam celik, dah seminggu sekolah..dan seminggu juga zara gi umah pengasuh..syukur sangat jmpe pengasuh yang serasi dengan dia.. thanks ila (my fren) sebab rekemenkan bs tu..

bila dah mula bekerja, biasalah..masa semakin terisi dengan pelbagai benda.. so setiap hari, hanyalah kerja dan zara..buka fb? kadang2 je tu pun hanya jenguk n update status..tak sempat nak merayap lama2..blog ni pun dah berhabuk..sian pulak..apakan daya, saya masih tak dapat suaikan diri dengan situasi baru ni..

balik2 keje, layan zara smpai dia tido..pastu sibuk isi perut dan buat kerja rumah..rancangan mengajar pun kadang2 ponteng buat lambat..huhu..

weekend ni plak kene buat jadual kebersihan budak2, rph minggu depan, iron baju keje, basuh jemur baju, mop rumah, sapu rumah, dan lagi2.

zara..cepat2 sembuh ye..umi rindu..

Sunday, January 2, 2011

esok ..

salam

esok dah sekolah..beratnya rasa..tapi tanggungjawab harus ditunaikan..syukur sebab dapat kelas yg ok..hope kelas tak berubah..syukur juga jmpe BS baru...harap BS baru ok n harap zara ok dengan dia.ya Allah..ku mohon padaMu..

to be continued.. have many things to do right now..daa~