Wednesday, June 15, 2011

Kelantan kalah

salam

walaupun dah basi, aku tetap masih kecewa dengan kekalahan kelantan dengan terengganu.

sekian.

Zara 11 months old

salam

Di saat aku menulis ni, zara dah tido.awal dia tido hari ni. maybe sebab BS kata dia tido setengah jam je today.walhal, aku hantar awal sebab ada kokurikulum. ntahlah, aku malas nak bayangkan betapa mengantuk dan dahaganya zara di sana. yang aku minta, hanya Allah, tolonglah jaga anakku dari segala bahaya. aku berserah segalaNya pada Allah.

Tutup cerita itu. semalam, syukur aku pada Allah, sebab zara dah genap 11 bulan. dan 11 bulan juga aku susukan dia secara  exclusive. syukur sebab Allah bagi aku peluang. zara eczema. memang susu aku buat dia bertahan hebat dari eczema tu. kalau tak, lagi teruk doctor kata. erm.

syukur lagi pada Allah, sebab banyaknya benda baru yang zara capai seusia ini. aku girang sebab semua ini dapat ku lihat dengan mata sendiri. puas hati.

5 bulan: meniarap
6 bulan: berguling dan menyusur
9 bulan: merangkak dan tumbuh 2 batang gigi bawah
10 bulan: berdiri sendiri dan tumbuh 2 batang gigi atas, pegang buku and baca dalam bahasa dia, bercakap dengan kita dalam bahasa dia..indahnyaa!!!
11 bulan: boleh duduk dan bangun sendiri, dan made her first step!!!! yeeeha!

apa lagi? kita tunggu ye..
setiap saat rindukan dia. kalaulah boleh bersamamu selalu, sayang..

Thursday, June 9, 2011

2 minggu bercuti, kini zara kene train duk umah pengasuh lagi

salam

dah masuk minggu kedua bercuti, dan 2 minggu jugaklah zara bermanja ria bersama saya. heh, taulah suka sayang, tapi umi risaulah. takut2 zara lupa kat ibu. mcm mana ye? so tadi saya anta dia jugak walaupun hati ini rindu. apakan daya. saya dah agak. mesti nanges n buat muka sebek punya. saya pun lepak ah sekejap sambil beborak dengan kak long aka ibu zara. lama punye lama, nampak dia ok, barulah saya blah.balik rumah? oh tidak. tak boleh rasanya masuk rumah bila zara tak ada.

saya pun zass, ke jusco. aha, memang ada perkara yang kene selesaikan. ke bank. yes. hampir kul 130, barulah urusan selesai. tetiba, encik hubby setuju mau lunch date bersama. berdua? yes. setelah sekian lama. haha. janggal sebenarnya tanpa zara di sisi, sehingga hubby berseloka, eh, mana adik? hihi.. saya mencubit suami lalu berkata, janganlah, rindulah kat tadik ( panggilan manja di rumah ).

usai makan, saya mau ke popular, usya buku dan menjamu mata. hubby kata, jom lah alang2 dia teman sekejap pastu terus boleh balik sekali ( 2 kereta ). say apun ok lah. jamu mata barang sekejap, terus berkenan buku untuk zara. bayar dan keluar. eh, baru teringat, baik telefon dulu kak long. oh, rupanya, zara baru nak tido. ok hubby, pergilah kerja. isterimu mau berlibur lagi.haha. saya masuk semula popular dan menjamu lagi.hasilnya, banyak jugak habis :P

rindu x dapat bertahan lagi. solat dan terus zass ke rumah kak long. ya, zara masih tido. tp bila suara saya bergema, terus buka mata dan menangis. seperti marah tinggalkan dia. ala sayang, minggu depan dah kerja tau.

oklah jom balik.tapi esok adik datang lagi ye kak long.

Tuesday, June 7, 2011

Umi Zara Demam

salam

masuk hari ni hari ketiga demam.habis sakit seluruh sendi dan tekak. mmg xx bermaya bangun.lepas panadol memberi kesan baru blh buat keje. tu pun x lama. smalam dah gi klinik, doc siap bagi panadol suh mkn 4 jam sekali.panas. tp xpun.saya makan 6 jam je. kalo x makan mmg x bangunlah.habis si kecik sape nak jaga? hoho

cepatlah sembuh demamku.. kertas belum habis tanda..
ya Allah, ampunilah dosaku.aku redha atas ketentuanMu..sembuhkanlah aku..

Zara masuk hospital

salam

tarikh keramat 25 may 2011 akan sentiasa terpahat dalam hidup saya. anak kesayangan Zara terpaksa ditahan di hospital sebab muntah yang berlarutan. sebenarnya dia dah muntah tgh malam ahad 22 May tu.. tp lepas tu ok..isnin pun xde pape..cuma selasa 24 may yg pelik sikit.masa nak pergi sekolah dalam 1130 mcm tu, mcm biasalah saya masukkan zara dalam keta. then tetiba je dia meragam n nangis x henti. pelik. sebab dia x pernah mcm tu. saya sampai terpaksa berhenti tepi jalan sbb x boleh drive. tepon husband, x jawab. then tepon kawan saya, eila. dia kata, x pe dia datang amik. then saya pun pusing balik rumah dengan meriba zara.. memang bahaya tapi masa tu zara dah nampak lemah. dia x aktif pun.

eila datang amik kat rumah, kami hantar zara ke rumah pengasuh n terus ke sekolah. saya sms pengasuh byk kali jugak hari tu, tp dia kata zara ok cuma nampak x aktif. petang tu, husband jemput dr sekolah. kami amik keputusan nak bawa zara klinik. balik je dr klinik, singgah  beli dinner. zara mmg diam je x main langsung.masa duk tunggu husband beli tu, zara muntah dengan banyaknye dalam kereta. saya dah cuak.
xpelah. hold dulu.

tp malangnye zara berterusan muntah dalam 3 jam sekali smpai pagi esok. husband dah amik cuti. saya pun terpaksa cuti. bawa terus emergency DEMC, Shah Alam. mmg terpaksa tahan sebab takut dia x cukup air. kesian sangat tgk zara kene bungkus sbb nak pasang jarum masuk air. menitis air mata saya. tp demi kesihatan dia, saya terpaksa gagahkan diri n hati.

hari ketiga di sana, zara dah kurang pun muntah. tu pun lepas doc stop  ubat tahan muntah. pelik kan, tp saya rasa zara pening kot dgn ubat tu,sbb tu die still muntah, padahal dia dah aktif. hari ke 4 demam pulak. so doc x bg balik. smpai hari ke 5 baru ok sikit.so blh balik. cuma teruskan antibiotik kt umah. alhamdulillah.

tu aje buat masa ni. mmg x byk masa nak berblog skrg. saya rasa 24 jam mmg x cukup utk saya.