Monday, May 14, 2012

salam..

hello semua! hari ni mood biasa-biasa saje. walaupun hati kat dalam hanya Allah yang tau, tapi haruslah bersemangat bekerja mencari nafkah dan menjalankan tanggungjawab mendidik insan berilmu.. tak gitu?

semua baik-baik saja. bermula mood yang meletop di pagi hari, ia bertukar natural setelah berjumpa anak-anak murid. melihat wajah ceria yang mendapat markah tinggi, dan kecewa yang mendapat markah rendah, benar2 mengubat hatiku. Kepada mereka, inilah habuan anda. pada yang berusaha, kejayaan memang hak anda. kepada yang tidak, masih belum terlambat ye :)

Hari rabu ni hari guru. hehe. tak ada P n P. siapa tak suka? cakap?

jumpa lagi..

Saturday, May 12, 2012

setelah sekian lama

salam..

Setelah sekian lama, baru kini saya start menulis kembali. mengapakah? entahla.. mungkin tuntutan masa. hehehe..alasan? tidak. sejujurnya, saya memang tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

balik dari sekolah, sudah tentu tanggungjawab pada rumahtangga menanti. anak di taska ku ambil. kenapa tak tinggal je sampai petang? anak saya menyusu badan lagi. kasihanlah dia dahagakan susu saya. sudahla separuh hari tak dapat menikmati susu seperti kanak-kanak lain, takkanlah saya nak membiarkan lagi dia dahaga sepanjang hari. benar, naluri keibuan terlalu tinggi. biarlah masyarakat mahu melabel saya sebagai apa, saya tidak ambil peduli. tahukah, ada insan mengatakan saya ni orang yang terlalu sayangkan anak. maafkan saya kalau saya bertanya dahulu, salahkah?

kasih sayang yang kita korbankan untuk anak adalah sebenarnya tanggungjawab dan hak anak kita, bukan pilihan. apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat. renung-renungkanlah. kalau anda berkira dengan kasih sayang anda, menghadkan kasih sayang anda, maka anak anda kelak juga akan menghadkan kasih sayang mereka terhadap anda. bukan bermakna sayang itu memanjakan anak, tidak sama sekali. sayang itu bertempat. kita sudah dewasa. pasti kita tahu apa yang patut dan tidak patut kita lakukan untuk mendidik si kecil kita. dan pasti, pertolongan Allah amat perlu bagi mebimbing kita untuk menjadi ibu yang sempurna. berdoalah selalu, supaya kita berada di landasan yang betul dalam mendidik mereka.. amin..

jauh di sudut hati, ketika membaca nukilan rakan2 di blog, saya juga mahu berkongsi yang sama. tapi, disimpan saja di dalam ini. sedih apabila saya mengongkong keinginan diri untuk meluahkan. tapi saya benar2 tidak mampu. sangat ketat jadual seharian. saya mahu cuba mengubahnya, insyaAllah.

semoga selepas ini, Allah mengizinkan saya menulis lagi dengan kelapangan masa :) salam untuk semua :)

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.

Benar, saya ada mendengar pendapat yang mengatakan menyambut hari ibu adalah haram tetapi hari ini, niat saya bukanlah untuk menyambutnya sehingga lupa segala, saya hanya mahu meluahkan rasa bersyukur setiap hari saya pada hari ini kepada ibu saya, Nazimah binti Mohd Isa

Segala keputusan yang menjadikan saya seperti hari ini, adalah atas nasihat mami. tidak ada satu pun keputusan yang saya buat tanpa bertanya beliau. bermula dari kos yang saya mahu ambil di universiti, kerja, interview, dan segala-galanya sehinggalah hari ini saya turut mengikut jejak beliau, menjadi seorang guru.

Tipulah jika saya kata saya tidak pernah dimarahi. ya, selalu dan sentiasa. sebab itulah saya 'menjadi' seperti sekarang. mami memang seorang yang sangat tegas. tidak berani saya mahupun adik-beradik lain membantah cakap mami. semasa sudah menjadi ibu inilah, saya sedar betapa seorang ibu mengambil berat atas apa sekalipun yang berlaku kepada anaknya.

Hanya doa sahaja yang saya mampu bagi untuk mami supaya hidup mami dan papa sentiasa bahagia, dilimpahi rahmat Allah dan kebahagiaan hingga syurga, panjang umur dan kesihatan yang baik selamanya.

Ti sayang mami..