Thursday, June 14, 2012

Doa untuk Anakanda

Bismillahirrahmanirrahim..
 
“Ya Allah peliharalah anakku yang selama dia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik & tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkalah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Amin..amin..amin.

Tuesday, June 12, 2012

Bermula sekolah macam biasa

salam

tadaa.. hari ni dah hari kedua bersekolah.. haha..mengajar lah.bukan bersekolah ok. so far, ok-ok lah. banyak lagi kerja sebenarnya nak kena buat, tapi belum juga ada daya n kemahuan mau buat. hehe. dasar apakah ini?

hari ni balik lewat. singgah tupperware. borongla semampu mungkin. tumpang ahli member. macam nak jadi ahli, tapi malas lagi buat masa ni. belum mampu kot ( kau beli tupperware banyak2, mampu plak? hee). thanks ellia sbb kasi diskaun itu. gembira ~~

Esok tak mengajar. sebab? bawa budak2 gi rombongan ke Kuala Lumpur. yeah. Pusat Sains Negara, Planetarium dan Muzium Negara. at first aku try jugak cari ganti untuk diriku yang tak berapa nak larat ni...loya bagai, tapi semua tak available.  Jadi, demi tugas, ku gagahi jua untuk pergi. moga Allah melindungi aku n adik zara ni.hehehe.

Nanti akan update pasal gi rombongan tu. nak cari charger kamera dulu aku campak mana tah.heee.
bubye!!

Tuesday, June 5, 2012

Zara Ainin Shafiya at her 23 months old

salam

Anak dara sulung saya bulan depan dah 2 tahun. 14 hb ni dah 23 bulan,.bahagianya tengok dia membesar. Rindunya saat dia masih kecil. Selepas ini, pasti akan rindu teletah dia bila dia meningkat dewasa. Jangan lupa umi ye dik :( emo plak dah..

Alhamdulillah di usia 23 bulan ini, Zara banyak menghiburkan umi dengan pelbagai aksi. dah boleh bina ayat sehingga 3-4 perkataan. Ayat yang dia selalu sebut :

  • Umi..mana mouse adik? (cari minnie mouse dia)
  • Yeay!! naik atas (nak tido naik atas)
  • Umi..nak susu! (ni biasa)
  • Yeay Yeay nak jalan!
  • Mi..mana pipa adik ? (selipar )
Zara juga dah boleh kira 1 -10 kalau kita sebut dengan dia. kita sebut satu lepas tu dia sambung. one two three four five ok ok lah.. ABC sampai Z tp belum kenal huruf. pandai nyanyi je pelat2...dah mengenal anggota badan dalam BM. Nyanyi lagu...

  • The wheels on the bus
  • Twinkle Twinkle Little Star
  • Mommy Fingers
  • If You re happy and u know it clap your hands
  •  Spider
tahu bicycle, bas, lampu, pokok, tiru bunyi haiwan etc

lupa lah apa lagi. syukur dengan pencapaian dia. Sebenarnya anak orang lain lagi tinggi pencapaian. ada anak member 18 bulan dah mengenal huruf A - Z. 2 tahun dah tahu suku kata Ba Bi Bu. Sangat kagum. tapi bersyukur dengan anugerah Allah ini, setiap orang ada kelebihan masing2 kan? yang penting kita mesti bangga dengan anak kita, supaya dia juga bangga dengan mak dia!

tempek sikit pics Zara  lepas update. heheee. blum upload.

daa!!

Cabaran menyusu di usia Zara 22 bulan

salam

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan pada Allah sebab masih berpeluang menyusukan Zara. semasa Zara umur 20 bulan, saya dah start bagi fm sebenarnya. tapi cikgu dia kata tak minum banyak. 1-2-3 oz sahaja. kat rumah? langsung reject. sekarang cuti sekolah 2 minggu, memang full df. mencabar? sangat! Cik N sangat sakit sebab usia kehamilan dah masuk 2 bln lebih kan. Masa awal2 tak lah sakit sangat. Masuk 7 minggu kot baru rasa sakit sangat amat. Tapi bila fikirkan Zara memang tak nak fm, jadi saya tabahkan hati menahan kesakitan itu. Moga Allah permudahkan. Saya tahu Allah sentiasa bersama saya. Yang penting niat kita untuk anak. Siapa lagi yang memahami anak sendiri, kalau bukan ibunya.

Saya ada bertanya doktor tentang menyusu semasa hamil. Tiada masalah katanya, as long as saya larat. Yang penting saya mesti makan seimbang , jaga pemakanan, mesti minum susu. Buat masa ni, saya skip2 lagi.. tapi saya akan cuba dengan lebih baik lepas ni :) Saya hanya ambil asid folik sebab kandungan belum mencapai 12 minggu. Lepas ni baru tambah supplement lain.

Patutlah pada hari terakhir saya berpuasa, saya rasa macam nak pengsan! sangat tak larat sampai terlantar je. rupanya ada nyawa di dalam rahim. Syukur adik Zara akan menemani kami insyaAllah awal tahun hadapan. Baki puasa ganti masih ada 10 hari. Tahun lepas tak sempat ganti semua sebab menyusu dan sangat tak larat. (sebenarnya boleh bagi orang lain, aku je kot yang lemah). jadi sepatutnya ganti tahun ni. tapi, tengah ganti, disahkan pregnant pulak. insyaAllah bila rasa dah kuat sikit saya nak sambung puasa itu.

Seingat saya, saya berhenti pump susu semasa menghantar Zara ke taska. masa dia 18 bulan. sebab? Zara reject botol, walaupun dalam botol susu ibu. Kesudahannya semua EBM terbuang. Jadi saya mengambil keputusan untuk df sahaja bila balik kerja. Kerja separuh hari merupakan bonus  buat saya. kalau kena kerja petang pun, saya cuba balik tengahari menyusukan dia. jadi sampai sekarang, Zara df saja. minum susu fm di taska sekadar melepaskan dahaga kot. Mujurlah dia kuat makan. Walaupun badan x naik, tapi dia makan selera. Umi je kena rajin masak.. dengar tuu umi...

Stok makanan berkhasiat dah habis. Umi kena keluar beli. Abi kerja. ingat petang ni hantar Zara taska kejap lepas tu nak cari barang. Buku merah? belum buat! hihi..tunggu 12 minggu jugak. boleh tak??

List nak beli barang supaya semangat sikit..:p

  1. Brokoli
  2. Asparagus
  3. Apple
  4. Grapes
  5. Strawberry - blh buat pavlova. hee
  6. Susu
  7. Grains
  8. Orange Juice
  9.  dan lain-lain
Hee.. till then! salam



Cuti-cuti Sekolah

salam

Setelah menstresskan diri selama 4 hari berkursus, akhirnya cuti sekolah tiba. Saya rasa ssangatlah happy sebab dapat memanjakan diri bersama si kecil di rumah. Kebetulan pula parents saya datang..yeay! memang double happy. Zara pun sangat gembira sebab ramai orang melayan kerenah dia.

Minggu pertama saya banyak keluar bersama parents. Menguruskan bermacam-macam hal. Hari Rabu malam (30 Mei 2012) Zara demam. terus saya bagi paracetamol. Keesokkannya setiap 6 jam dia kembali panas. saya ulang bagi ubat sampailah Khamis malam, demam dia stop. alhamdulillah.

Sebab demam Zara stop, hubby ajak balik Terengganu. saya okay je sebab memang dah lama tak balik sana. rindu suasana dan MAKANAN sana. hehe.

Berada di trg selama 4 hari 3 malam digunakan dengan sepenuhnya. buat pertama kali saya merasa keenakan sotong celup tepung di Pantai Teluk Ketapang. siap tambah. bila nak bayar terlopong. haha! Pergi pasar payang beli  sutera kiriman jiran. kenduri sepupu suami bertunang dan makan makan makan. Zara sangat gembira bermain dengan sepupu-sepupu di sana. terkekek-kekek kejar mengejar. bahagia.

Bila tiba di rumah isnin lewat malam, risau kembali menyelubungi. nak masuk markah, PLBS, dan markah seorang budak kelas darjah 1 yang tercicir menghantui.Moga Alah permudahkan segala kerja dan urusanku,

Kursus Pedagogi English untuk Opsyen BI

salam..

sebelum cuti sekolah, saya bising2 pasal kursus di fb. stress sangat bila saya diarahkan menghadiri kursus pedagogi BI untuk opsyen BI. saya stress sebab saya bukan opsyen (hanya minor BI) tapi bila call orang berkenaan, saya boleh pergi walaupun minor BI sebab memang nama saya yang tertera di surat. Maka dengan redha, saya melangkah ke SK Kampung Jawa pada 21 - 24 Mei 2012 yang lepas.

Pada hari pertama, memang saya akui sangatlah rasa tertekan. Dengan diri yang loya2 sikit tapi lebih rasa loya apabila peserta kena banyak present kat depan. Bagi cikgu BI yang memang opsyen, memanglah bagi diorang tiada masalah. Tapi bagi saya, saya rasa kecil sangat di khalayak mereka. Untuk berkomunikasi dalam BI dengan pantas, saya tak mampu. sikit2 bolehlah. tapi saya tabahkan hati, dan banyak berdoa. tuluskan niat mendapat ilmu kerana Allah. tapi sebagai akibat, balik rumah terus migrain. tak ambil pun Zara di taska. abi dia balik petang baru ambil. Umi terbaring sampai malam.

Hari-hari seterusnya berjalan lancar tanpa tekanan yang melampau. Kami didedahkan dengan pelbagai teknik dan ilmu untuk mengajar listening and speaking. Moga saya dapat aplikasikan semua ini di sekolah. (walaupun hanya ajar 1 kelas darjah 1 )

Tamat sudah kursus fasa pertama. fasa kedua akhir bulan 6 nanti. pastinya cuti ku akan dihantui kursus ini lagi. perasaan ini tak akan ada kalau saya diarahkan menghadiri kursus untuk bukan opsyen atau kursus untuk opsyen Sains.  Tapi sebagai guru, inilah dikatakan cabaran.