Tuesday, July 17, 2012

Mabuk?

Salam

Alhamdulillah..baby dah berusia 14 minggu dalam rahim.. tetapi mabukku belum lagi hilang.. lagi teruk, mungkin?

al-kisahnya, tiadalah sangat pengalaman mabuk ini. sebab semasa mengandungkan Zara, saya tak mabuk pun. Mungkin adalah, tapi biasa2 aje. Kali ni? Bagi saya teruklah, walaupun ada lagii yang lagi teruk.

Saya rasa bertenaga bila bangun di awal pagi sahaja. Jemur kain, gosok baju etc semua saya akan lakukan masa tu. Di sekolah, asyik wek wek je.. tp x seteruk bila pulang.Bila pulang dari sekolah, kepala berdenyut. Kadang2, boleh tido, kadang2 x dapat. Berehat jelah, sementara tunggu Zara bangun tido di taska.

Memasak? jarang sangat! kesian sang suami. Mujurlah dia memahami. Bila saya x masak, dia akan tanya saya nak makan apa? Masalah di sini saya tiada jawapan. Mulut saya tawar.. tak ada selera nak makan. Kadang2 saya hentam je makan supaya perut tak kosong. Dan apabila saya teringin nak makan sesuatu, saya akan cepat2 request dan cari sebab bukan senang ada rasa nak makan tu..tapi jujur, saya dah lama x lunch.:(( ada yang cakap saya makin kurus! takutnye..

Semoga masuk 4 bulan nanti baby dah ok.. dan mabuk hilang.. amin ya Allah..

Cambridge Placement Test

salam..

herm, sebagai guru, inilah cabaran. kena amik ujian. huuu.. sebenarnya tak adalah tertekan sangat.. sebab. dah kerja kot! haha.. bila buat trial smalam, macam ok je..mungkin lebih tenang dan suasana x bising...tapi hari ni bila buat yang betul2, tak dapat tumpu sangat. sebab bising :( especially listening part. herm, namun, alhamdulillah sebab berjaya siapkan dalam 30 minit . part last tembak! huhu..sebab saya xtau ada 1 set lg..so guna masa last tu smpai 1minit..bila tekan next, tadaaa ada satu set lagi..oh my, hanya kepada Allah aku berserah.

lepas ni, dorang kata ada lg..yg pedagogi plak. redha jelah..

Friday, July 13, 2012

Esok birthday Zara!

assalamualaikum..

Subhanallah.. ALhamdulillah.. Allahuakbar.. setinggi-tinggi pujian buat Allah yang sentiasa memakbulkan doa saya..dan  menganugerahi saya anugerah yg amat tak ternilai..

Zara will turn 24 months old @ 2 years old tomorrow (14 July 2012) ! wahh.. cepatnya masa berlalu.. syukur pada Allah. tapi sedihnya.. esok umi sekolah.ada ladap. abi pun kerja. so terpaksa lah hantar zara ke taska. mungkin kami akan sambut sebelah petang atau esoknya (ahad).

Buat Zara,

Adik adalah anugerah terindah buat umi.. kehadiran adik amat menceriakan suasana rumah ini... umi dan abi sangat sayangkan adik dan cuba sedaya upaya membesarkan adik dalam keadaan terbaik. umi dah cuba sedaya umi untuk mendidik adik menjadi insan yang solehah dan berguna.. umi marah kalau adik buat perangai tak elok bukan sebab umi tak sayang, tapi sebab umi terlalu sayang.

terima kasih adik kerana jadi anak yang baik buat umi dan abi.. keletah adik selalu menghiburkan kami. adik pandai memujuk umi kalau umi cakap umi sakit.. kalau umi batuk...adik akan tepuk2 belakang umi.. kalau umi demam, adik akan pegang dahi umi.. kalau adik makan, adik akan suapkan umi sama..adik memang baik..

Semasa adik berumur dua tahun esok, umi telah mengandungkan baby selama 13 minggu ++. nanti terpaksalah adik tukar panggilan ye. nak panggil apa ye? kakak? along? nanti umi fikirkan :)

Adik sekarang dah pandai macam2.. dulu masa adik kecik..adik taknak langsung botol..risau hati umi. Umi sanggup amik cuti tanpa gaji jaga adik..sampailah adik berumur 5 bulan. Kemudian, umi yang menangis sayu bila tinggalkan adik kat pengasuh. Umi perah susu untuk bekalan adik.sehinggalah adik berusia 18 bulan. Umi dah stop pump sebab susu xada sangat, cukup2 untuk DF adik je lepas balik sekolah sampai esok pagi. Tapi adik bertahan..sampailah umur adik 22 bulan...umi cuba bagi adik susu tepung Dutch Lady coklat sebab masa tu umi dah tahu umi mengandung. maafkan umi, umi takut susu umi kering.Miss N sangat sakit. dan adik pun nak sampai 2 tahun dah.. jadi umi amik keputusan kenalkan adik dengan FM.

Alhamdulillah.. daripada taknak botol.adk minum dalam bekas straw.penat umi cari bekas straw yg ada measurement mark. brand momma je ada.dahla  mahal. tp umi pejamkan mata je.demi adik.walaupun kita bukan orang kaya.syukur Allah permudahkan. Sebulan lepas tu.adik ok je umi kasi botol. so start 2 minggu lepas umi bekalkan botol je kat taska. tapi bila jumpa umi..susu umi juga jadi pilihan utama adik :)

Doa umi moga adik membesar dengan sihat,cerdas dan menjadi anak yg solehah,.lembut tutur katamu dan menjadi hamba Allah yang taat.. amin..amin..amin

Sehingga saat ini, saya masih menyusukan zara..di rumah lah. biarlah apa orang kata, saya cuba buat yang terbaik untuk anak2 saya..moga baby dalam rahim imi membesar dengan sihat juga dan sudi berkongsi susu dengan kakak Zara.

Terima kasih Allah atas limpahan kurniaMu..

Wednesday, July 4, 2012

Nasi Ayam Penyet Wong Solo

Salam..

Haha..review pasal makanan je..sorry.sekarang saya memang x masak kat rumah.loya. Makan pun xada selera.jadi bila ras nak makan tu..mmg xcpt2 ajak hubby g. Seminggu dah rasa nak makan ayam penyet tp ahad lepas 1 julai.baru dapat makan.

Usai makan .. Memang puas hatu.pedas menyengat sampai ke hati. Huhu. Hubby ajak ayam g jakel. Tp aku buat serius plak. Menjengah la ke jakel beli kain raya. Dah lewat sgt da utk anta jahit tp ade kenal auntie cina yang jahit baju best.tp subhanallah..aku jahit baju aje dah 50.wawawa.

Akhirnya ada sepasang baju raya yg sama anak beranak. 2 3 pasang lagi nant cari siap.. (amboiii mak banyaknyee!) berangan jelaaa...

Abc frodo di Shah Alam

Al kisahnya..selepas dengar kesedapan abc tu.. Aku nak la juga try. Dengan ihsan ellia yg baik hati mau bw aku..ajakla skali ifah..kak fiza n fiza. Sesampai kat sana..aku mmg jakun sbb first time. Mkn sedap2.melantaklah nsi sepinggan.

Tp sedihhh sebab frodo yg diidamkan tutup. Hukhukhuk.rojak yg dikatakn sedap pun sama.

Xpelah.Mungkin some other time. Thanks semua sudi makan bersama!