Tuesday, November 20, 2012

Resipi Butir Nangka (kuih kelantan)

Bahan-bahan:
1. tepung beras pulut - setengah kilo.cukup untuk 3 orang makan
2. 5 helai daun pandan - diblend ambil air
3. 3 helai daun pandan - disimpul
4. setengah sudu besar halba
5. santan - sebiji
6. sekerek gula melaka
7.garam
8.air mendidih

Cara-cara:
buat doh menggunakan tepung beras pulut.. Tambah air pandan sehingga tepung tidak melekat di tangan dan menjadi doh.ketepikan.

Masak air sehingga mendidih di dalam satu periuk.

Dalam periuk yang lain, masak santan bersama gula melaka, daun pandan yg disimpul, garam dan halba.seimbngkan rasa garam supaya kuah jadi lemak manis.kacau sentiasa.Setelah mendidih, kecilkan api.

Ambil sedikit doh dan gentel menjadi seperti biji nangka. Masukkan ke dalam air mendidih tadi.ulang sehingga habis semua doh.

Biji nangka yang masak akan terapung di bahagian atas air. Cedok menggunakan penapis besi dan terus masukkan ke dalam kuah santan. Kacau sekali sekala.

Ulang sehingga semua biji nangka masak.

Siap dan sedia dimakan. ;-)

Resipi Tomyam Putih

Bahan-bahan:
1.ayam- terpulang nak byk mana
2.3 batang serai dititik
3. sedikit lengkuas-diketuk kasar
4.2 ulas bawang putih-ditumbuk kasar
5.1biji bawang besar-dibelah 4
6.1biji bawang merah - dimayang
7.5 helai daun limau purut - tak wajib
8.garam n gula secukup rasa
9. 2 biji limau nipis diambil airnya.
10. 2 biji tomato
11. Aneka sayur seperti carrot,bunga kubis, batang celery etc

Cara-cara:
Masukkan ayam,lengkuas,bawang2 dan serai. Biarkan ayam masak.

Masukkan tomato, sayur, daun limau. Garam n gula secukup rasa.

Biarkan seketika sehingga sayur masak.jangan lama sangat.

Hidangkan dan perah air limau nipis. Air limau diperah semasa kuah tidak terlalu panas untuk kekalkan vit c ;-) kalau nak pedas boleh tambah cili padi.

Tomyam yang sihat tanpa sebarang perasa utk hidangan anda sekeluarga!