Friday, August 24, 2018

Baby No 4 Tiada Lagi

Assalamualaikum,
Di usia kehamilan 9 minggu, Khamis 16/8/18 ada keluar lendir coklat. Aku rasa tak sedap hati tetapi oleh kerana suami memujuk memberitahu insyaAllah tidak ada apa-apa, maka aku abaikan saja tanda itu. Hari berlalu begitu sahaja sehinggalah Isnin 20/8/18, darah mengalir semasa rukuk pertama solat asar. Sesudah itu,aku terus menelefon suami menyuruhnya pulang segera. Kami terus ke hospital Razif untuk scan. 

Semasa scan, hanya Allah yang tahu perasaanku. Doktor memberitahu kandunganku hanya 8 minggu lebih sedangkan kalau ikut tarikh period sepatutnya 10 minggu lebih. Aku dah rasa sesuatu yang tidak kena. Bila aku tanya heartbeat, dia kata tiada. Saya tak jumpa. Saat itu, aku redha. Aneh, kekuatan itu datang dari mana. Mungkin juga sebab kesedihan kehilangan kakak ipar yang pergi baru seminggu lebih membuatkan aku menjadi seorang yang lebih kuat. Doktor memberi masa seminggu dari tarikh itu untuk repeat scan dan prosedur selanjutnya.

Keluar dari bilik doktor, aku memandang suami dan memberitahu baby dah tak ada. Suami tenang, seperti selalu. Waktu itulah mataku bergenang. Allah, pengalaman pertama ini cukup indah kerana aku tahu Allah telah merancangnya dengan cantik sekali.

Aku pulang dengan fikiran kosong. Suami singgah ke kedai mamak untuk makan malam, kebetulan anak keduaku nak makan roti canai. Malam berlalu seperti biasa.

Keesokkan pagi, aku memberitahu suami untuk repeat scan di hospital lain. Untuk second opinion sebenarnya. Suami memberi kebenaran. Setelah menghantar anak ke tadika dan taska, aku lantas memandu ke hospital swasta berdekatan rumahku. Lalu membuat temujanji dan scan. Keputusan yang sama, cuma doktor ini memberi tempoh dua minggu untuk gugur sendiri. Sebab katanya gugur sendiri lebih baik. Hormon sekarang masih baru, rahim belum kecut lagi. Aku akur, dan pulang. Terima kasih adikku, Chah kerana singgah menjengukku di hospital. 

Bermulalah penantian aku.. 
darah keluar sedikit sedikit setiap hari dan ada juga hari yang langsung tiada darah. 
22/8/18- lendir coklat
23/8/18- darah fresh sekali sahaja

Hari ini? Hanya sakit senggugut ringan sepanjang hari. Sambil menahan sakit , aku cuba sibukkan diri dengan melayan anak dan mengemas rumah.

Aku harap, ia akan gugur sendiri sepenuhnya dalam masa cuti berbaki dua hari lagi ini. Tak sanggup sekiranya gugur di tempat kerja 😭😭 

Ya Allah permudahkan segalanya..

Thursday, March 7, 2013

Zara @ 2 tahun 8 bulan

Salam

Di suatu petang, ketika hati umi bersulam rindu indah pada sang suami.. umi memeluk Zara seraya mengadu,

Umi: Kakak..kenapa abi tinggal umi..
Zara: Kenapa abi tinggal kakak..
Umi: umi nangisla.. umi sedih ni..
Zara: Jangan nangis.. abi work.. nanti abi balik eh?

T_T

Dan adik Tasneem masih lagi berjaga malam setakat ini (57hari) namun ada juga umi bernasib baik bila dia tidur juga di malam hari. ;-)

Benar..saya masih di kampung. Rumah baru dah siap sepenuhnya..menanti kami je untuk ke sana.. Namun.. disebabkan muatan banyak dan stok susu lagi.. terpaksa balik lewat sikit. Tunggu mami cuti, so leh konvoi balik KL.

Sunday, January 13, 2013

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Salam..
Alhamdulillah.. hari ni macam dah bertambah sihat sikit. Entahlah bersalin yg kedua ni banyak pula sakitnya.Selain rengat yg sakit gle mcm senggugut..especially masa bby menyusu.. hari ke3 bengkak susu menyerang. Memang sakit yang amat sampai berdenyut.Mujur x demam. Emotionally pun kurang stabil sebab rindu Zara n rasa mengabaikan dia. T T mujurlah dia dah wean off susu ibu. Kalau tak.. nangeslah saya (tp perhaps dpt kurangkan bengkak susu?)

okay..dah lari tajuk. EDD suppose pada 20jan2013. Malam 09jan tu saya rasa asyik nk terkencing je. Kelangkang mmg dah lama sakit masa 8 bln da rasa.. mmg lasak la hari2 sebab jaga zara.. dukung etc. Saya buat xtahu je rasa nak tkencing tu..terus tido.jam 530am zara bgn.nk susu n main hs.. xtdo..smpai lah 630am. Baru dia tido. Lepas solat Subuh.. saya rasa memulas tp yg mild. saya tido je sbb mengantuk. Sambil peluk Zara.

Sekali jam 800am gtu.. rasa macam mimpi ..plup! pecah air ketuban..keluar non stop. Rasa panas dan basah satu katil. Terus saya panggil papa tapi xberani gerak.Papa ajak terus g hospital Kebetulan mami balik dari sekolah sebab xberapa sihat. Saya call hubby inform. Hubby batu nk g keje terus beli flight balik tapi 1145am la. Tak sempat lagi hubby tengok saya meneran :-(

Dalam 830am kami gerak ke An Nisa.. Perjalanan yg dekat saya rasa jauhhh sangat. Tengok Zara saya yg nak menangis.Sayu. Sesampai kat sana terus masuk LR. Dia check jantung baby je..pastu terus tanggal belt. Ingat dulu..Zara dia xtanggal belt sampai bersalin.hurm.hospital lain2 kan..hehe

Sakit makin memuncak..dari 5cm ke 8 cm.. kul 1025am cukup 10cm.. masa tu Allah je tahu sakit yang amat. Saya sampai sebut Allah. Allah..dan kadang2 terkeluar tolongggg..hhuuu..kelakar plak.

Sakit yang ni extra sebab doc kata kepala baby dongak. Sebab tu saya sakit lebih. Saya pun setuju sebab rasa lagi sakit dari anak pertama.huhu. Doc bagi teran..saya terus teran. Tapi tak berdaya. Tak ada tenaga sebab tak makan apa pagi tu (sape suh bangun lambat).Masa sakit saya siap muntah sebab loya.

Kali ketiga..baru berjaya teran. Alhamdulillah Allahuakbar. Jam 1030am 10 January 2013..lahirlah puteri kedua saya.Lepas tu rasa sakit lain plak. sakit nak jahit. Saya tkejut dia timbang baby 2.65kg. Sebab last scan 2.89kg.Tp scan xtepat kan..hehe.keciknya baby..umi xselera makan keee...

Takpelah. Yang penting baby sihat sempurna.. sayang baby Tasneem n kakak Zara.

Nama baby Zara juga..sama macam kakak. Kakak dia nama Zara Ainin Shafiya bermaksud puteri mata airku yang suci. Adik baby nama Zara Tasneem Khalisa bermaksud Puteri Air terjun di syurga yang suci.Tasneem adalah nama idaman mami.huhu

Semoga anak2 umi dan abi membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang solehah..cerdik dan pandai..dan hamba Allah yang taat.Amin..

Tuesday, November 20, 2012

Resipi Butir Nangka (kuih kelantan)

Bahan-bahan:
1. tepung beras pulut - setengah kilo.cukup untuk 3 orang makan
2. 5 helai daun pandan - diblend ambil air
3. 3 helai daun pandan - disimpul
4. setengah sudu besar halba
5. santan - sebiji
6. sekerek gula melaka
7.garam
8.air mendidih

Cara-cara:
buat doh menggunakan tepung beras pulut.. Tambah air pandan sehingga tepung tidak melekat di tangan dan menjadi doh.ketepikan.

Masak air sehingga mendidih di dalam satu periuk.

Dalam periuk yang lain, masak santan bersama gula melaka, daun pandan yg disimpul, garam dan halba.seimbngkan rasa garam supaya kuah jadi lemak manis.kacau sentiasa.Setelah mendidih, kecilkan api.

Ambil sedikit doh dan gentel menjadi seperti biji nangka. Masukkan ke dalam air mendidih tadi.ulang sehingga habis semua doh.

Biji nangka yang masak akan terapung di bahagian atas air. Cedok menggunakan penapis besi dan terus masukkan ke dalam kuah santan. Kacau sekali sekala.

Ulang sehingga semua biji nangka masak.

Siap dan sedia dimakan. ;-)

Resipi Tomyam Putih

Bahan-bahan:
1.ayam- terpulang nak byk mana
2.3 batang serai dititik
3. sedikit lengkuas-diketuk kasar
4.2 ulas bawang putih-ditumbuk kasar
5.1biji bawang besar-dibelah 4
6.1biji bawang merah - dimayang
7.5 helai daun limau purut - tak wajib
8.garam n gula secukup rasa
9. 2 biji limau nipis diambil airnya.
10. 2 biji tomato
11. Aneka sayur seperti carrot,bunga kubis, batang celery etc

Cara-cara:
Masukkan ayam,lengkuas,bawang2 dan serai. Biarkan ayam masak.

Masukkan tomato, sayur, daun limau. Garam n gula secukup rasa.

Biarkan seketika sehingga sayur masak.jangan lama sangat.

Hidangkan dan perah air limau nipis. Air limau diperah semasa kuah tidak terlalu panas untuk kekalkan vit c ;-) kalau nak pedas boleh tambah cili padi.

Tomyam yang sihat tanpa sebarang perasa utk hidangan anda sekeluarga!

Tuesday, October 30, 2012

Sayang anak?

salam..

huu..hari ni ada jmpa satu status pasal dukung anak.yeah. biarlah anak asyik bdukung kan. sebab time ni je dia nak dukung.nant dia da besar nant..mana ada masa da nak berdukung.. mesti dia dah busy study atau kerja..hurmm..

sama lah juga kalau anak masih tdo bersama kita.. biarlah org nak kata apa. tp bg saya, bila dia dabesar..xkan dia nak tdo dgn kita lagi kan?

sama juga dengan pendirian saya utk bercuti 3 bln.ada org kata nanti anak manja..susah nak tinggal..xnak org. yes, maybe its true. tp biarlah saya rasa puas menjaga dia sebelum serah pada pengasuh. nant dah besar.. dia da masuk asrama..saya pula akan rindu rindukan dia. sekurang2nya saya tau saya dah beri yang terbaik semasa dia kecil.

lain orang lain pendapat. harap kita dpt terima pendapat org lain dengan hati terbuka.. tak semestinya pendapat kita betul dan tak semestinya pendapat org salah. ;-)


Wednesday, September 12, 2012

Bercerai susu

salam..oh aku lupa sama ada dah ke belum cakap pasal ni. tp secara ringkasnya..dan secara rasmi zara bercerai susu denganku secara suka sama suka pada usianya 24 bulan 2 minggu.

Alhamdulillah saya dpt phd dalam breastfeeding zara..perjalanan yg penuh suka duka mengajarku erti menjadi ibu sejati. Serius banyak tohmahan tp abaikan aje..ada aku kesah?

Tp yang menyedihkan adalah setakat ni..dah 4 kali zara demam.walaupun xkuat.. tp aku risau. dan tidonya juga xlena.

Begini rupanya susah nk bangun bancuh susu dan basuh botol.heee.belum ku rasa..ni baru merasa.di saat ku mengandung ni..agak penat bila tidur xlena. maklumlah..si ayah penyabar.xdengar pun anak nanges nak susu.huuuu.

Kesimpulannya,aku masih menyimpan angan-angan supaya dpt tandem nursing baby n zara soon. Moga dipermudahkan segalanya oleh Allah..