Wednesday, September 22, 2010

Kemanisan sabar..

salam

hari ni saya bz sket..huhu..tak sempat nak update blog awal2..  tambahan pula idea makin mengering..(baru 2nd entry)..tp saya xnak putus asa seperti yg sudah2..jadi saya cuba juga berfikir apa yg ingin ditulis kali ni..

SABAR.. ye..perkataan yg simple dan sume org pun tau apa maksudnya..tapi mampu ke kita mencapainya? sejak menjadi ibu ni, sifat sabar ni bagai terdidik semulajadi di dalam hati saya.. entah dari mana datangnya..mungkin fitrah seorang ibu..penuh dengan sifat sabar..zara menangis minta disusukan..lalu dengan mata tertutup (tengah tido lah katakan) terus mengangkat zara dan diberi susu..diburpkan (kalo zara burplaa) lalu ditidurkan kembali.. menyusu, burping. changing her diapers, rocking her..sleep with her..bersilih ganti dan tak akan habis..sume nih memerlukan kesabaran..yang pastinya semua ibu-ibu telah mencapainya..

dan beginilah ibu-ibu kita bersabar untuk membesarkan kita..bkn senang utk jadi seorang ibu..baru skarang saya merasa... :) namun saya amatlah bersyukur kerana Allah memberi saya peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu..dan saya rasa nikmat sabar itu lebih manis dan terbayar bila melihat zara tersenyum dan membesar dengan sihat dan bulat..hihi

Walaupun isi tidak tersusun, dan ayat tunggang langgang, tapi harap kawan2 paham apa yg saya nak sampaikan...

ada satu cerita yg manis utk dihayati bersama :

Seorang alim telah menderita penyakit buang air selama 30 tahun dan tidak dapat bergerak dari tidurnya, sehingga dibuat lubang di bawah tempat tidurnya untuk kencing dan buang air. Pada suatu hari datang sahabatnya untuk menziarahinya, lalu menangis melihat penderitaan yang di alamai oleh orang alim ini. . Maka berkata orang alim ini. Jangan menangis, kerana saya suka apa yang disukai Allah untuk ku. Namun sahabatnya terus menangis. lalu orang ini berkta, Jangan menangis , aku akan ceritakan kepadamu, moga-moga kamu mendapat menafaat, tetapi jangan kau ceritakan kepada orang lain sehingga aku mati. Lalu orang alim itu pun bercerita: "Sesungguhnya para malaikat datang ziarah padaku dan memberi salam kepadaku sehingga aku merasa senang dengan adanya mereka".

Pengajaran.. sabarlah ketika menghadapi kesakitan dan redhalah dengan apa yang ditentukan oleh Allah keatas kita.. Yakinlah Allah pasti ada sebab untuk semua itu..
 

No comments:

Post a Comment