Monday, September 20, 2010

Ingatan Untuk Semua

salam..

ni blog ketiga yang saya ada..2 blog before ni tak jalan sebab kemalasan dan kesibukan yang melanda..setelah mengambil keputusan menyambung cuti bersalin selama 2 bulan ++ , saya rasa berblog kembali boleh mengisi masa lapang saya di samping menjaga si kecik Zara.. 

Untuk entry kali ini, hanya ingatan untuk kita semua..semasa mendodoi Zara kesayangan, saya terbaca buku kepunyaan mami yang bertulisan jawi..dengan tidak seriusnya saya membaca satu petikan, lalu amat tertarik dengan kandungannya..saya kira, rugi kalo saya tidak berkongsi petikan itu dengan kawan2 semua..


Petikan itu berbunyi:


Tanda seorang mendapat petunjuk itu ada tiga:
  1. mudah mengerjakan amal kebaikan pada hal ia tidak niat dan bukan tujuannya.
  2. berusaha untuk membuat maksiat tetapi selalu terhindar daripadanya.
  3. selalu terbuka baginya keperluan dan hajat kepada Allah Ta'ala.
Tanda seorang yang dihinakan oleh Allah ada tiga:
  1. sukar melakukan ibadat / taat padahal ia sudah berusaha bersungguh2.
  2. mudah terjerumus ke dalam maksiat, padahal ia berusaha menghindarinya.
  3. tertutupnya pintu berhajat kepada Allah sehingga mereka tidak perlu berdoa dalam segala hal.
Abaikan bahasa lama yang digunakan, tapi saya pasti semua tentu faham inti patinya kan? sama-samalah kita ambil iktibar..moga kita termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk dariNya..amin..

No comments:

Post a Comment