Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.

Benar, saya ada mendengar pendapat yang mengatakan menyambut hari ibu adalah haram tetapi hari ini, niat saya bukanlah untuk menyambutnya sehingga lupa segala, saya hanya mahu meluahkan rasa bersyukur setiap hari saya pada hari ini kepada ibu saya, Nazimah binti Mohd Isa

Segala keputusan yang menjadikan saya seperti hari ini, adalah atas nasihat mami. tidak ada satu pun keputusan yang saya buat tanpa bertanya beliau. bermula dari kos yang saya mahu ambil di universiti, kerja, interview, dan segala-galanya sehinggalah hari ini saya turut mengikut jejak beliau, menjadi seorang guru.

Tipulah jika saya kata saya tidak pernah dimarahi. ya, selalu dan sentiasa. sebab itulah saya 'menjadi' seperti sekarang. mami memang seorang yang sangat tegas. tidak berani saya mahupun adik-beradik lain membantah cakap mami. semasa sudah menjadi ibu inilah, saya sedar betapa seorang ibu mengambil berat atas apa sekalipun yang berlaku kepada anaknya.

Hanya doa sahaja yang saya mampu bagi untuk mami supaya hidup mami dan papa sentiasa bahagia, dilimpahi rahmat Allah dan kebahagiaan hingga syurga, panjang umur dan kesihatan yang baik selamanya.

Ti sayang mami..


No comments:

Post a Comment