Saturday, May 12, 2012

setelah sekian lama

salam..

Setelah sekian lama, baru kini saya start menulis kembali. mengapakah? entahla.. mungkin tuntutan masa. hehehe..alasan? tidak. sejujurnya, saya memang tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

balik dari sekolah, sudah tentu tanggungjawab pada rumahtangga menanti. anak di taska ku ambil. kenapa tak tinggal je sampai petang? anak saya menyusu badan lagi. kasihanlah dia dahagakan susu saya. sudahla separuh hari tak dapat menikmati susu seperti kanak-kanak lain, takkanlah saya nak membiarkan lagi dia dahaga sepanjang hari. benar, naluri keibuan terlalu tinggi. biarlah masyarakat mahu melabel saya sebagai apa, saya tidak ambil peduli. tahukah, ada insan mengatakan saya ni orang yang terlalu sayangkan anak. maafkan saya kalau saya bertanya dahulu, salahkah?

kasih sayang yang kita korbankan untuk anak adalah sebenarnya tanggungjawab dan hak anak kita, bukan pilihan. apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat. renung-renungkanlah. kalau anda berkira dengan kasih sayang anda, menghadkan kasih sayang anda, maka anak anda kelak juga akan menghadkan kasih sayang mereka terhadap anda. bukan bermakna sayang itu memanjakan anak, tidak sama sekali. sayang itu bertempat. kita sudah dewasa. pasti kita tahu apa yang patut dan tidak patut kita lakukan untuk mendidik si kecil kita. dan pasti, pertolongan Allah amat perlu bagi mebimbing kita untuk menjadi ibu yang sempurna. berdoalah selalu, supaya kita berada di landasan yang betul dalam mendidik mereka.. amin..

jauh di sudut hati, ketika membaca nukilan rakan2 di blog, saya juga mahu berkongsi yang sama. tapi, disimpan saja di dalam ini. sedih apabila saya mengongkong keinginan diri untuk meluahkan. tapi saya benar2 tidak mampu. sangat ketat jadual seharian. saya mahu cuba mengubahnya, insyaAllah.

semoga selepas ini, Allah mengizinkan saya menulis lagi dengan kelapangan masa :) salam untuk semua :)

No comments:

Post a Comment