Friday, July 13, 2012

Esok birthday Zara!

assalamualaikum..

Subhanallah.. ALhamdulillah.. Allahuakbar.. setinggi-tinggi pujian buat Allah yang sentiasa memakbulkan doa saya..dan  menganugerahi saya anugerah yg amat tak ternilai..

Zara will turn 24 months old @ 2 years old tomorrow (14 July 2012) ! wahh.. cepatnya masa berlalu.. syukur pada Allah. tapi sedihnya.. esok umi sekolah.ada ladap. abi pun kerja. so terpaksa lah hantar zara ke taska. mungkin kami akan sambut sebelah petang atau esoknya (ahad).

Buat Zara,

Adik adalah anugerah terindah buat umi.. kehadiran adik amat menceriakan suasana rumah ini... umi dan abi sangat sayangkan adik dan cuba sedaya upaya membesarkan adik dalam keadaan terbaik. umi dah cuba sedaya umi untuk mendidik adik menjadi insan yang solehah dan berguna.. umi marah kalau adik buat perangai tak elok bukan sebab umi tak sayang, tapi sebab umi terlalu sayang.

terima kasih adik kerana jadi anak yang baik buat umi dan abi.. keletah adik selalu menghiburkan kami. adik pandai memujuk umi kalau umi cakap umi sakit.. kalau umi batuk...adik akan tepuk2 belakang umi.. kalau umi demam, adik akan pegang dahi umi.. kalau adik makan, adik akan suapkan umi sama..adik memang baik..

Semasa adik berumur dua tahun esok, umi telah mengandungkan baby selama 13 minggu ++. nanti terpaksalah adik tukar panggilan ye. nak panggil apa ye? kakak? along? nanti umi fikirkan :)

Adik sekarang dah pandai macam2.. dulu masa adik kecik..adik taknak langsung botol..risau hati umi. Umi sanggup amik cuti tanpa gaji jaga adik..sampailah adik berumur 5 bulan. Kemudian, umi yang menangis sayu bila tinggalkan adik kat pengasuh. Umi perah susu untuk bekalan adik.sehinggalah adik berusia 18 bulan. Umi dah stop pump sebab susu xada sangat, cukup2 untuk DF adik je lepas balik sekolah sampai esok pagi. Tapi adik bertahan..sampailah umur adik 22 bulan...umi cuba bagi adik susu tepung Dutch Lady coklat sebab masa tu umi dah tahu umi mengandung. maafkan umi, umi takut susu umi kering.Miss N sangat sakit. dan adik pun nak sampai 2 tahun dah.. jadi umi amik keputusan kenalkan adik dengan FM.

Alhamdulillah.. daripada taknak botol.adk minum dalam bekas straw.penat umi cari bekas straw yg ada measurement mark. brand momma je ada.dahla  mahal. tp umi pejamkan mata je.demi adik.walaupun kita bukan orang kaya.syukur Allah permudahkan. Sebulan lepas tu.adik ok je umi kasi botol. so start 2 minggu lepas umi bekalkan botol je kat taska. tapi bila jumpa umi..susu umi juga jadi pilihan utama adik :)

Doa umi moga adik membesar dengan sihat,cerdas dan menjadi anak yg solehah,.lembut tutur katamu dan menjadi hamba Allah yang taat.. amin..amin..amin

Sehingga saat ini, saya masih menyusukan zara..di rumah lah. biarlah apa orang kata, saya cuba buat yang terbaik untuk anak2 saya..moga baby dalam rahim imi membesar dengan sihat juga dan sudi berkongsi susu dengan kakak Zara.

Terima kasih Allah atas limpahan kurniaMu..

No comments:

Post a Comment