Sunday, April 17, 2011

Breast Milk

salam.

dah ada idea baik saya tulis. pasal susu badan. yes, breast milk. Zara dah 9 bulan. alhamdulillah saya masih susukan dia secara ekslusif. dan dia pun ok makan bubur tp ada jugak laa hari yang dia x mau. hehe. tak ada sangat masalah yang besar, cuam sedikit luaham hati.

sebagai guru, saya memang tak ada masa nak pump kat sekolah. katalah apa saja, bukan saya tak pandai mencuri masa. tapi betul, asal ada masa free, buku bertimbun nak ditanda. kalau tak ada buku pun, rancangan pengajaran harian yang nak kene siapkan. kalo tak pun, pasti ada aktiviti budak2 yang memerlukan kita untuk melatih diorang. pendek kata, memang tak ada masa free. jadi sejak minggu pertama bermula sekolah, selepas bawa pump dan bawa balik hasil kosong (tak sempat pump), saya bulatkan hti dah x mau bawa pump. saya redha, dan pasrah. berdoa kat Allah agar susu saya cukup untuk Zara. saya balik sekolah, bagi zara minum puas2, baru saya pump yang selebihnya. alhamdulillah, smpai sekarang, saya dapat 5 - 8 oz sehari sahaja. tapi, menakjubkan, cukup untuk baby saya. mungkin Zara memang x minum banyak. saya dulu bagi 3ox X 3 botol..tak habis. sekarang saya kurangkan 2.5oz X 2 atau 3 botol. habislah  jugak. syukur. lagipun, dia dah makan bubur. jadi tak ada lah saya nak bimbang sangat.

TAPI, ada jugak hari yang tak habiskan, susu terpaksalah buang kan. sedih kan? sedih sangat2.. sebab nak dapat tu bukan senang. tp tak apalah. dah bukan rezeki Zara. kan?

Zara da bangunlah..huhuuu..daaaa

No comments:

Post a Comment