Sunday, April 17, 2011

Hari minggu

salam..

dah lama sangat saya tak tulis blog ni.. hajat di hati, memanglah nak update hari-hari. tapi selalu tertangguh. bila tak di depan laptop, ideanya mencurah-curah. tapi bila duk depan laptop je, idea mengering teruss. kenapa ya? hehehe.. kadang2, tertidur awal sebab terlalu penat. Zara dah makin cerdik. dah 9 bulan. pejam celik pejam celik kan?

hari ni dah Ahad. esok dah sekolah. rasanya, baru smalam hari jumaat. tak apalah. dah memang tugas. wajib dilaksanakan.dengan ikhlas.supaya gaji nanti pun berkat. amin. cakap pasal kerja, sekarang kerja memang banyak. selain soalan peperiksaan penggal yang belum siap, ada lagi mende alah yg guru KSSR kene buat. saya kurang pasti apa dia mende tu. kene study dulu. malam nanti, confirm stay up nak wat keje. skrg layan tenet dulu  :p , pastu masak.

hehehe lupa, smalam gi kenduru anak sepupu husband. erm, beslah jugak makanan dia. tapi yang paling best dapat kumpul ramai2. pastu gi umah kakak husband pulak.lepak kat sana.husband layan bola smpai dah lewat, jadi kami tido kat sama aje. mujurlah baju Zara banyak saya bawa. baju saya? meminjam lah jawabnya. hehehehe..

lepas round2 sunway pyramid tadi, kul 1 pm dah smpai rumah.penat lah pulak rasa. tp banyak menda kene bereskan. sukanya rasa bila dah dapat berehat kat rumah lama2 mcm ni..:)

tu jelah buat hari ni. insyaAllah akan terus menulis dengan sekerap mungkin lepas ni. tata!

No comments:

Post a Comment