Tuesday, June 5, 2012

Cabaran menyusu di usia Zara 22 bulan

salam

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan pada Allah sebab masih berpeluang menyusukan Zara. semasa Zara umur 20 bulan, saya dah start bagi fm sebenarnya. tapi cikgu dia kata tak minum banyak. 1-2-3 oz sahaja. kat rumah? langsung reject. sekarang cuti sekolah 2 minggu, memang full df. mencabar? sangat! Cik N sangat sakit sebab usia kehamilan dah masuk 2 bln lebih kan. Masa awal2 tak lah sakit sangat. Masuk 7 minggu kot baru rasa sakit sangat amat. Tapi bila fikirkan Zara memang tak nak fm, jadi saya tabahkan hati menahan kesakitan itu. Moga Allah permudahkan. Saya tahu Allah sentiasa bersama saya. Yang penting niat kita untuk anak. Siapa lagi yang memahami anak sendiri, kalau bukan ibunya.

Saya ada bertanya doktor tentang menyusu semasa hamil. Tiada masalah katanya, as long as saya larat. Yang penting saya mesti makan seimbang , jaga pemakanan, mesti minum susu. Buat masa ni, saya skip2 lagi.. tapi saya akan cuba dengan lebih baik lepas ni :) Saya hanya ambil asid folik sebab kandungan belum mencapai 12 minggu. Lepas ni baru tambah supplement lain.

Patutlah pada hari terakhir saya berpuasa, saya rasa macam nak pengsan! sangat tak larat sampai terlantar je. rupanya ada nyawa di dalam rahim. Syukur adik Zara akan menemani kami insyaAllah awal tahun hadapan. Baki puasa ganti masih ada 10 hari. Tahun lepas tak sempat ganti semua sebab menyusu dan sangat tak larat. (sebenarnya boleh bagi orang lain, aku je kot yang lemah). jadi sepatutnya ganti tahun ni. tapi, tengah ganti, disahkan pregnant pulak. insyaAllah bila rasa dah kuat sikit saya nak sambung puasa itu.

Seingat saya, saya berhenti pump susu semasa menghantar Zara ke taska. masa dia 18 bulan. sebab? Zara reject botol, walaupun dalam botol susu ibu. Kesudahannya semua EBM terbuang. Jadi saya mengambil keputusan untuk df sahaja bila balik kerja. Kerja separuh hari merupakan bonus  buat saya. kalau kena kerja petang pun, saya cuba balik tengahari menyusukan dia. jadi sampai sekarang, Zara df saja. minum susu fm di taska sekadar melepaskan dahaga kot. Mujurlah dia kuat makan. Walaupun badan x naik, tapi dia makan selera. Umi je kena rajin masak.. dengar tuu umi...

Stok makanan berkhasiat dah habis. Umi kena keluar beli. Abi kerja. ingat petang ni hantar Zara taska kejap lepas tu nak cari barang. Buku merah? belum buat! hihi..tunggu 12 minggu jugak. boleh tak??

List nak beli barang supaya semangat sikit..:p

  1. Brokoli
  2. Asparagus
  3. Apple
  4. Grapes
  5. Strawberry - blh buat pavlova. hee
  6. Susu
  7. Grains
  8. Orange Juice
  9.  dan lain-lain
Hee.. till then! salam



No comments:

Post a Comment