Tuesday, June 5, 2012

Kursus Pedagogi English untuk Opsyen BI

salam..

sebelum cuti sekolah, saya bising2 pasal kursus di fb. stress sangat bila saya diarahkan menghadiri kursus pedagogi BI untuk opsyen BI. saya stress sebab saya bukan opsyen (hanya minor BI) tapi bila call orang berkenaan, saya boleh pergi walaupun minor BI sebab memang nama saya yang tertera di surat. Maka dengan redha, saya melangkah ke SK Kampung Jawa pada 21 - 24 Mei 2012 yang lepas.

Pada hari pertama, memang saya akui sangatlah rasa tertekan. Dengan diri yang loya2 sikit tapi lebih rasa loya apabila peserta kena banyak present kat depan. Bagi cikgu BI yang memang opsyen, memanglah bagi diorang tiada masalah. Tapi bagi saya, saya rasa kecil sangat di khalayak mereka. Untuk berkomunikasi dalam BI dengan pantas, saya tak mampu. sikit2 bolehlah. tapi saya tabahkan hati, dan banyak berdoa. tuluskan niat mendapat ilmu kerana Allah. tapi sebagai akibat, balik rumah terus migrain. tak ambil pun Zara di taska. abi dia balik petang baru ambil. Umi terbaring sampai malam.

Hari-hari seterusnya berjalan lancar tanpa tekanan yang melampau. Kami didedahkan dengan pelbagai teknik dan ilmu untuk mengajar listening and speaking. Moga saya dapat aplikasikan semua ini di sekolah. (walaupun hanya ajar 1 kelas darjah 1 )

Tamat sudah kursus fasa pertama. fasa kedua akhir bulan 6 nanti. pastinya cuti ku akan dihantui kursus ini lagi. perasaan ini tak akan ada kalau saya diarahkan menghadiri kursus untuk bukan opsyen atau kursus untuk opsyen Sains.  Tapi sebagai guru, inilah dikatakan cabaran.

No comments:

Post a Comment