Monday, December 20, 2010

Zara Allergy Susu Lembu

salam

erm.. beberapa hari lepas, baru ku tahu, zara tersayang memang TAK BOLEH minum susu lembu...

bermulanya kisah..masa 3 bulan lebih hari tu, nak bagi ubat kat zara. tapi sebab takde bekalan SIP, saya pun bancuh anmum yang pernah dia minum masa umur dia beberapa hari dulu2..memang naik merah2...tapi tak tahu dia allergy yang mana satu. ubat atau susu..jadi saya hanya abaikan..tak pk pun sebab mmg zara minum susu saya sahaja..

tapi, beberapa hari lepas, masa lepak rumah abg saya, zara nangis2 masa saya tengah mandi. pastu, mami suruh kakak ipar buat susu botol (kalau tak silap, lactogen)...memang zara tolak mentah2 tapi susu yang menitik dekat dagu dia meninggalkan kesan merah2 lagi..macam yang kena hari tu.

jadi sahlah zara memang tak boleh susu lembu..


jadi memang tiada pilihan, zara akan disusukan hanya dengan susu saya. saya berdoa semoga Allah memudahkan jalan untuk saya susukan zara sepenuhnya.. dalam segala hal. dalam setiap segi.. tak kiralah apa, saya mohon ya Allah, permudahkanlah semuanya...moga Allah banyakkan susu saya dan memudahkan jalan untuk saya memerahnya..dan zara minum susu saya walaupun dalam botol...

amin ya rabbal 'alamin..

No comments:

Post a Comment